Kisah Klasik Cinta Ungu

How to save a life?!


Diam tak diam dah masuk 6 bulan aku menganggur. kalau mengikut perkiraan selepas tamat majlis graduasi, aku baru menganggur selama 3 bulan lebih. yang jadi tempoh 6 bulan tu sebab aku dapat tamatkan industrial training aku lebih cepat berbanding rakan-rakan yang lain. Tempoh industrial training aku 7 minggu saja. makanya, waktu yang berlebih itu aku hanya terperuk di dalam rumah. tidur sehingga letih, melayari internet, menonton Grey's Anatomy sehingga season 3, membaca novel dan perkara-perkara rutin yang lain.

Bila aku imbas kembali memang aku banyak membuang masa. Tak ada perkara yang bermanfaat aku lakukan. itu lah aku selama 6 bulan yang lalu.

Sebenarnya akhir-akhir ni aku selalu saja berfikir tentang masa depan aku. Aku sendiri tak tahu apa sebab aku masih tak mendapat kerja walhal dah berpuluh-puluh resume aku hantar. Nak kata pointer aku teruk sangat, aku rasa masih okay. Cgpa 3.24 - tak terlalu bodoh bukan? Jadi, kenapa aku masih tak dapat kerja? Aku kira ini dugaan buat aku. Allah swt berikan dugaan ini supaya aku dapat belajar bersabar, tidak mudah berputus asa dan yakin pada qada' & qadar yang telah DIA tentukan buat aku. (walaupun pernah juga aku luahkan kepada ibu & rakan betapa suwei nya CV aku sehingga tidak ada satu syarikat pun yang sudi mengambil aku bekerja)

Sekarang ni aku bekerja kontrak "data entry" untuk projek KWSP. Gaji sebulan rm 1,300 - 1,500 bergantung kepada kepantasan dan skill menaip. Aku tak tahu sampai bila aku akan teruskan kerja ni sebab kadang kala aku rasa bosan. Kadang tu aku rasa biasa. Terkadang tak rasa apa-apa - atau dalam erti kata lain aku tak tahu nak rasa apa. Aku bekerja untuk dapatkan duit - rezeki yang halal. Kalau boleh aku nak dapat duit banyak-banyak, kemudian aku nak bantu mak & ayah aku selesaikan segala bil yang tertunggak. Dalam keadaan ekonomi yang gawat ini, serba sedikit tempiasnya terkena juga kepada keluarga aku. Ditambah lagi dengan keadaan dimana ada insan-insan yang masih mempunyai perasaan untuk menipu ibu bapa aku sehingga menyebabkan mereka dihimpit masalah kewangan yang bukan sedikit teruknya!

Tapi aku yakin semua ada hikmahnya. Dunia ini terus berputar dan bila datang saat getir, pasti akan datang kembali saat senang dan bahagia. Aku berdoa saja agar Allah swt itu menjadikan kami insan yang lebih kuat untuk menghadapi ujian & dugaan yang diberikan. Jadikan kami sekeluarga insan yang lebih bersyukur terhadap rezeki-rezeki yang diberikan dan jangan jadikan kami insan yang mudah berpatah hati dengan rahmatmu dan dugaanmu. Sesungguhnya bagi aku apalah gunanya manusia dijadikan didunia ini jika mereka tidak ditimpa ujian untuk menguji keimanan & ketakwaan terhadap Allah swt yang Maha Besar lagi Berkuasa itu. Semoga Allah swt mendengar doa kami ini. Amin.




This film is based on a 1985 novel "Perfume" by Patrick Suskind.

The plot begins in 1738 in France. A baby named Jean-Baptiste Grenouille (Ben Wishaw) was born in a dirty fish market. Despite of his tragic birth and childhood - where he was growing up in a world of dirt and despair, Grenouille actually is gifted for a superior smelling senses. He develops the unusual ability to sense and identify odor. Raised in an brutal orphanage, Grenouille is uncommunicative and became strange.




He could recognize a scent through layers of other scent and found this talent to be paramount in the art of perfumery. Therefore, if Grenouille smells any entrancing odor, he would follow it to the ends of the earth to capture it. (Michelle Lanier)

The first victim

His desire for the plum maiden leads to her accidental demise…and sets in motion a chain of events as intriguing as it is diabolical. (Michelle Lanier)





The Harmonics of Scent

The head…the heart and the base chord. Four notes in each chord and a 13th note or smell that brings out the richness in all the other essences. Grenouille decides his life’s purpose was to catalog scents…all scents and desires this knowledge more then any other. He meets Dustin Hoffmans character Baldini….an outdated perfumer whose talent has languished with age…Grenouille convinces Baldini to show him “How to capture the smell of all things.” Baldini explains….”The soul of beings is their scent.” It takes 10,000 roses to extract one ounce of essential oils through the process of distillment. It was said that the the art of fleurage is to handle the flowers as if they were ladies…to get the best essence was to let them die as if they were put to sleep…gently. For if they were afraid …they would stink of fear and be unusable in the building of his perfect symphony of female scent. A smell so sublime it could charm the world. (Michelle Lanier)




The last victim

Seeing the beautiful Laura (Rachel Hurd-Wood), the daughter of prominent Antoine Richis (Alan Rickman). Grenouille decides she is the last ingredient he needs to complete his masterpiece. However, circumstances in the town make Antoine fear for Laura's safety. Young women are being killed and they have one thing in common - they are all beautiful virgins. Antoines takes Laura to a monastery on an island in the Mediterranean. Grenouille, obsessed and without shoes, follows them. He gets into the fortified monastery and finds Laura. He is soon captured and sentenced to death by public execution.(Victoria Alexander)



Grenouille was sentenced to death



But he's managed to run away after charming the crowd with his "Perfume"



Extra point of loving this movie.

I personally doesn't like flowers but I loved so much this 2 scenes where I can see the red and yellow flowers blossom beautifully. Those flowers looks so fresh!




credit to: Google + Victoria Alexander + Michelle Lanier (http://quantummeep.com/blog/?p=36)


yeay..baru beli novel semalam. tiba-tiba je tergerak hati nak beli novel karya Imaen. So, aku sambar 2 novel dia bertajuk Labyrinth dan Rhapsody Bohemian. Actually aku dah pernah baca satu karya dia yang bertajuk Vendetta. Agak memuaskan laa jugak. Alang-alang dah baca satu baik aku terus beli sume karya dia kan... Aku beli novel nie kat Minerva yang kecik tue. Best sangat ade discount 20%. Lenkali beli novel kat situ je laa kan. Jimat sket duit.


Jadinya sekarang nie aku ade 3 buah novel tak baca lagi. Sayang pulak nak baca novel Tunas by Hlovate tue padahal dah lame dah beli...yelaa..entah bila agaknya dia nak keluarkan buku baru lagi...nanti aku merindu...hehe..ntah ape-ape je laa aku nie. Tengok laa bila-bila masa aku kena sampuk ngan hantu novel baru aku baca agaknya..huhu!





Actually nie cite German remake dari Finnish movie FC Venus (2005). Mengisahkan pasangan suami isteri yang tinggal di Berlin. Si suami - Paul merupakan pemain bola sepak terhandal kat kampung dia. Mempunyai soccer team sendiri bernama 'Eintracht Imma 95'. Anna si isteri pulak bekerja sbg engineer kalo tak silap. Satu hari tue diorang wat keputusan untuk berhenti kerja dan si suami ajak dia balik kampung.

Anna tak tau yang Paul sebenarnye ada rancangan sendiri. Actually, Team bola sepak Paul mintak bantuan dari Paul untuk tolong pasukan diorang memandangkan diorang tak cukup pemain sbb salah seorang pemain masuk hospital - koma.

Lepas tue diorang pun berpindah laa ke Imma.






Sampai je sane rahsia Paul dah pecah dan Anna tersangatlaa geram memandangkan dia benci sukan bola sepak. Dia pun bertaruh dgn Paul: Eintracht Imma 95 kena lawan dgn pasukan baru yg terdiri daripada isteri & girlfriends masing-masing.

Syaratnya kalau team lelaki menang, Anna & Paul akan terus tinggal kat kampung tue dan para isteri tak boleh merungut langsung pasal kegemaran husband/bf mereka ttg bola sepak. Kalau team wanita menang, Anna & Paul kena pindah balik ke Berlin dan para isteri dapat apa yg diorang mahukan selain itu pihak lelaki tak boleh main bola sepak lagi.

Masalahnye team lelaki tersangatlaaa obses ngan bola sepak nie sampai pihak isteri sangat bengang...
So, adakah team wanita boleh kalahkan team lelaki...?





Yang bestnye tengok pasukan isteri/gf berlatih...kelakar je. Rupanya Anna nie ade kisah silam yang membuatkan dia tak suka bola sepak. Ayah dia merupakan jurulatih bola sepak yg terkenal. So, kecik2 dia ngan mak dia kena tinggal dek ayah dia sbb ayah dia obses ngan bola sepak. Anna pulak pernah jadik pemain bola sepak - remaja kebangsaan semata2 nak banggakan ayah dia. Lepas kena tinggal terus dia quit bola sepak. Dia sangat terrer men bola sepak dan husband dia tatau pun pasal tue...hahaha...










Camane pun, Anna tetap kena mintak tolong ayah dia untuk bantu melatih pasukan wanita.
And diorang menang 3-2. hehe...





anyway, aku ske tengok pelakon utama wanita dia...cun seyh...
pelakon utama lelaki pun tak bapa ensem laa...hehe

Nora Tschirner



Christian Ulman

semalam kebosanan melanda dan memandangkan aku pun dah lama tak godek Photoshop, maka semalam aku telah buat 3 artwork. Nampak simple tapi bagi beginner macam aku nie ambil masa yang lama jugak laa...

artwork pertama....kalau korang pening tengok artwork nie...
aku pun pening jugak...hahaha....
artwork mendera mata dan minda namanye....



artwork kedua - aku gunakan gambar BoA...

Okey, nie gambar asal...




aku edit dekat photoshop..ingatkan nak buat ala-ala cover album laa...hihi



lepas tue aku edit gune Nik Software..
Name effect nie Cross Balance



Yang nie Effect Duplex



Nie Effect Ink




Last skali pic nie aku amik drpd drama Alone In Love..
Aku namakan artwork nie Saranghaeyo! (I Love You)

Yup! I found this blogskin and I simply love it...~
Have to touch-up a lil'bit here and there...
but I think this is just nice for my blog...

Erm...maybe a little problem with the font
becoz my lil bro says the font are too small
yet he can't read any single word...hehe...

I also try to find more interesting widget to put in this blog...
but the complicated part is to put the coding itself into the CSS sheet...
"boleh buta mata tengok coding banyak2...adeihhh laaa..."

I am not feeling very well right now.
I think it is already a week since I've got these flu, cough and mild headache.
It's getting worse as I have a low blood pressure.
My head are very dizzy and I'm feeling about to faint.
It makes me wanna sleep all day long so I won't feel the pain.

Oh God! I hope this will end soon....very very soon...*sigh*


~ cinta.ungu ~
1.08am - 20/09/08

My personality type: the analytical thinker


Analytical Thinkers are reserved, quiet persons. They like to get to the bottom of things - curiosity is one of their strongest motives. They want to know what holds the world together deep down inside. They do not really need much more to be happy because they are modest persons. Many mathematicians, philosophers and scientists belong to this type. Analytical Thinkers loathe contradictions and illogicalness; with their sharp intellect, they quickly and comprehensively grasp patterns, principles and structures. They are particularly interested in the fundamental nature of things and theoretical findings; for them, it is not necessarily a question of translating these into practical acts or in sharing their considerations with others. Analytical Thinkers like to work alone; their ability to concentrate is more marked than that of all other personality types. They are open for and interested in new information.

Analytical Thinkers have little interest in everyday concerns - they are always a little like an “absent-minded professor” whose home and workplace are chaotic and who only concerns himself with banalities such as bodily needs when it becomes absolutely unavoidable. The acknowledgement of their work by others does not play a great role for them; in general,they are quite independent of social relationships and very self-reliant. Analytical Thinkers therefore often give others the impression that they are arrogant or snobby - especially because they do not hesitate to speak their mind with their often harsh (even if justified) criticism and their imperturbable self-confidence. Incompetent contemporaries do not have it easy with them. But whoever succeeds in winning their respect and interest has a witty and very intelligent person to talk to. A partner who amazes one with his excellent powers of observation and his very dry humour.

It takes some time before Analytical Thinkers make friends, but then they are mostly friends for life. They only need very few people around them. Their most important ability is to be a match for them and thus give them inspiration. Constant social obligations quickly get on their nerves; they need a lot of time alone and often withdraw from others. Their partner must respect this and understand that this is not due to the lack of affection. Once they have decided in favour of a person, Analytical Thinkers are loyal and reliable partners. However, one cannot expect romance and effusive expressions of feelings from them and they will definitely forget their wedding anniversary. But they are always up to a night spent with stimulating discussions and a good glass of wine!


Adjectives which describe your type

introverted, theoretical, logical, spontaneous, rational, analytical, intellectual, sceptical, pensive, critical, quiet, precise, independent, creative, inventive, abstract, eccentric, curious, reserved, self-involved, imaginative, unsociable, determined, modest, careful, incommunicative, witty

These subjects could interest you

literature, science fiction, philosophy, psychology, mathematics, Internet, drawing/painting, astrology, spiritual things, meditation, music, writing, strategy games, politics



Boring eh takde adik beradik pompuan..Aku memang teringin sangat nak ade kakak. Boleh borak-borak...bleh gaduh2..bleh share problem & berita2 gembira...Seriously, aku jeles sangat dengan kawan2 aku yang rapat giller ngan kakak diorang. Pergi shopping same2..makan same2..eiiii...mmg jeles betul...

Bukan aku tak bersyukur ade abang and 2 orang adik lelaki. Aku bersyukur sangat. Abang aku baik walaupun time kecik2 kitorang ske gaduh & wrestling bagai. uhh...aku ingat lagi kalo aku gaduh ngan abang aku dia ske cengkam tangan aku gune kuku dia sampai berbekas..iskk...kijam sungguh laaa...tapi bile dah besar masing2 dah tak gaduh. dah jadik baik..hehe..abang pun dah kawen..sibuk ngan keje lagik....so, takleh luang banyak masa ngan adik beradik..Adik2 lelaki aku pun okey..tapi kengkadang ske buat darah aku menyirap cam air sirap...eeiiii....sabar aje laaa...budak2 tengah nak naik kan..

Tapi ada masa aku rasa sunyi sangat. kalau ada kakak bleh citer2 kan...tengok cite korea same2..takpun bile malam layan cite hantu same2...nanti bile dah dewasa..or dah tua..ade jugak tempat nak mengadu..nak share ape 2laa yg dirasakan perlu dishare...bleh pegi melancong same-same...waaaa...cam besh ade adik beradik pompuan nie...tapi takde rezeki aku nak ade adik beradik pompuan kan...takkan nak paksa mak aku pregnant lagik..aiyyookkkk...memang kejam laaa...aku ingat lagi dulu aku skolah menengah mmg aku rajin suh mak aku bagi aku adik pompuan...ape ke yg aku pikir time tue..suke suki aku aje...hehehe..hampeh..mesti mak aku pening giller time tue layan aku yg suke merepek..


anyway, w/pun takde adik beradik pompuan aku ade sorang anak buah pompuan...tapi dia pun ganaz gaks cam aku..tak men masak2..barbie doll sume tue...jenis tak makan saman....iskk...tapi dia cute giller...takpe laa...anak buah pun anak buah laaa...asalkan pompuan.. =p




Pernah dengar tak tentang pyrophobia nie? Ia adalah salah satu jenis phobia yang terdapat didunia. Dikatakan bahawa individu yang mengalami pyrophobia ini takut akan api.

Oh ye..korang boleh gelak puas2 dulu. Sebab aku pernah cerita kat cousin aku yang aku nie tergolong dalam golongan yang menghidapi pyrophobia dan dia gelakkan aku sampai kate bleh wat drama or novel nanti. Hampeh sungguh kan...pyrophobia is just ntahape2 bagi dia. Sound stupid macam tue..*duh!*

So, I've to admit that I'm pyrophobic. Aku takut akan api. Aku baru tahu term pyrophobia nie awal tahun nie. At first aku tak perasan langsung yang aku nie pyrophobic, but then ade satu perbincangan kat forum CARI pasal wanita perlu tahu memasak and then baru laa keluar cerita pasal pyrophobia nie.

Aku mmg tak pernah masak menggunakan dapur gas seumur hidup aku. Sebab aku risau giller api tue tetibe terkuat and sambar tangan aku. Kalau mak aku masak ikan and minyak meletup2 hatta meletup kecil pun aku dah boleh jadik macam sakit jantung. Terkejut yang membuat aku nak marah orang yang berdekatan dengan aku. Sepanjang hidup aku, aku pernah masak nasi goreng, sardin dan bubur saje. Itupun aku masak dalam rice cooker and multi-purpose cooker. Aku berani sbb tak nampak api. hehe..

Tak pernah masak satu hal. Aku semakin sedar aku nie takut api apabila aku sebenarnya tak pernah menyalakan mancis, tak pernah petik lighter, tak pernah menyalakan lilin, dan tak pernah main mercun/bunga api.

Hmm...adekah itu cukup menandakan yang aku nie pyrophobic? cukup laa tue kan..tapi aku jenis yang takut api kalo aku yang kena pegang barang2 yang kena api tue..kalo aku setakat pandang je aku tak takut.

Pyrophobia nie sebenarnye secara tak langsung amat memberi kesan dalam kehidupan aku. Pertama sekali aku tak dapat memasak. Masyarakat pandang rendah pada wanita yang tak tahu memasak. Nak kawen pun aku rasa mak mertua awal-awal lagi dah reject. Lepas tue orang kata memikat suami melalui perutnya. Dah sah-sah kalau makan megi or other instant foods tiap-tiap hari akan membuatkan suami mencari yang lain. ohh..mungkin dia akan berkawen pula dengan pembantu rumah plak..(jika ada).

Aku juga akan mendapat masalah kalau aku tinggal sorang2 dan dimana pada saat genting bila aku perlu menggunakan lighter, lilin, mancis dan sebagainya yg berkaitan dengan api. Adekah aku perlu pergi ke rumah jiran untuk meminta bantuan mereka...erkkk...lepas tue kalo aku dah kawen beranak pinak sume takkan tatau nak gune mancis kan..malu laa cenggitu..adeih...

Kalau aku pergi rumah sedara-mara aku kan. Aku tak pernah tolong diorang masak. Sebaliknya aku akan jadi pencuci pinggan mangkuk yang berjaya! Memandangkan aku tak reti buat kerja rumah, maka aku telah mempunyai hobi membasuh pinggan mangkuk. Sampai aku tak boleh pandang kalau ada pinggan mangkuk yang tak berbasuh dalam sinki..iskk...

adik aku bagi solution utk masak gune dapur elektrik..tak nampak api..huhu..okey gak tue kan..tapi kena kumpul duit dulu laa baru leh beli dapur elektrik.

aku ada bace pasal pyrophobia punya treatment..tapi basically sume kena bergantung kat diri sendiri jugak..mind setting sume tue kena ubah. so, aku yang kena ubah diri aku. tapi perkara nie bukan boleh amik masa satu, dua hari. it really takes time. aku harap sangat aku boleh atasi masalah nie sbb kelemahan nie membuatkan aku rasa diri tak berguna sangat. Semoga aku dapat hidup dengan normal dan kalo dah sembuh..perkara pertama yang aku nak buat ialah memasak! Aku jeles sangat abang & adik2 lelaki aku terrer memasak. Aku pun nak hebat macam diorang jugak. Aku mesti dapat buat punya. Chaiyyokk! Chaiiyookk!!~

naaa...i'm doing the blogthing bcoz i'm too bored...
So, what does it say about me...?!



What Your Name Says About You

Your name says that you are mostly:


Ambitious but stubborn

Your name also says you are:

Energetic but impatient
Passionate but flight
Thoughtful but slow


erk..sume aku setuju kecuali part energetic tue..
aku tak energetic langsung...lemah lembik ade laa...hahaha...(kutuk diri sendiri...mengong...)


aku bosan....
tatau nak watpe..men photoshop je...
pastu dah 3 hari demam...
bukan demam sangat cume tak sedap badan.....

sakit2 seluruh sendi....anggota badan sume jadik lemah lembik....
kepala pun macam dah jadi mereng je rasenye...
apekah yang berlaku sebenarnye....aku mengong dah neh.....!

kau kata merah itu tampak megah
simbol gagah perkasa - bilamana darah yang mengalir
tak terasa sakit dan perit

lagak perajurit yang bertempur hebat dimedan perang
titisan darah pekat tak bisa membunuh kudrat

aku kini lihat merah jadi parah
buat lesu jiwa raga
pusing kepala tatkala memandang kasur yang putih
bertompok merah darah

kau lempar senyum sinis dan aku tahu kenapa
karena akulah si perajurit wanita

yang tewas di bumi merdeka!


cinta.ungu
2.05am - 2/9/08



Salam Ramadhan aku ucapkan kepada semua umat Islam diseluruh dunia. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya. Semoga kita juga akan mendapat rahmat daripada Allah swt.

Ramadhan kali nie aku missed first day sebab skang aku period. Takde rezeki nak berpuasa pada 1 Ramadhan. Nak wat camane kan...aku nie perempuan. So, menstrual cycle tue mmg dah fitrah wanita. Terima je laa dengan redha...huhu...Ape pun..jangan lupa tarawikh malam nie. Kalau tak mampu buat 8 aje pun okay..Sekurang2nya ada buat daripada tak buat langsung kan...

Happy Ramadhan all...!~




Tinggal 2 hari lagi rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan negara yang ke-51. Seriously, sambutan kemerdekaan tahun nie tak berapa nak meriah. Jalur gemilang pun tak nampak berkibar dengan gemilangnya di mana2. Setakat beberapa tempat tertentu aja. Tahun lepas katanya budget untuk sambutan kemerdekaan RM40 juta. Tahun nie dikurangkan kepada 20 juta. Wooooww!! 20 juta nampak macam takde apa2 aje.

Bila sebut tentang Merdeka..aku adalah insan yang sangat naif. Yang aku tahu Bapa Kemerdekaan Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Kerana jasa beliaulah baru tanah air tercinta aku nie dapat merdeka. Merdeka dari jajahan orang Inggeris. Yang lain2 time sekolah aku malas nak ingat. Dah besar nie baru nak amik tahu. Takpelah sekurang2nya aku masih nak amik tahukna? Better late than never. Ingat lagi waktu sekolah dulu merdeka disambut meriah. Kena hias kelas ikut tema kemerdekaan. Kena lukis bendera & ada kuiz pasal kemerdekaan. Dah besar pulak, memang tak terasa sambutannya. Kalau malam merdeka tengok konsert kat tv & bunga api pun malas nak tengok sebab stiap tahun dah dapat tengok. Almaklumlah, rumah menghadap KLCC. hehe..

Secara peribadi, aku memang tak dapat nak jawab soalan "Apakah maksud kemerdekaan bagi diri anda?". Selalu sangat aku tengok artis2 ditanya soalan macam nie. Selalunya aku tak fikir pun. Tahun nie baru aku terfikir. Sebenarnya apa maksud merdeka bagi aku. Yelah, selain negara kita bebas dari jajahan. Bagi diri sendiri pulak apa maksud merdeka itu? Aku tak dapat jawapannye lagik. Yang aku tau aku dah merdeka sebab aku dah grad. Aku tak merdeka sebab aku tak dapat keje lagik. boleh tak kalo camtue? huhu

Btw, korang tau ke ape tema kemerdekaan tahun nie? Haa...tema dia ialah Perpaduan teras Kejayaan. Jangan lupe tue. So, salam kemerdekaan ke-51 aku ucapkan buat Malaysia dan rakyat2nya. Semoga sentiasa berada dalam keadaan yang aman sentosa dan dirahmati Allah swt. AMin....



24th August 2008.

So, this is the day. Separuh hari yang punya kenangan manis bagi aku dan separuh lagi meninggalkan kenangan yang sedih yang mungkin akan aku ingat sampai bila2.

Kisahnya, sepatutnya aku konvo 23hb tapi memandangkan pada waktu yang sama aku dapat surat untuk peperiksaan SPA terpaksalah aku pilih antara dua. Ikutkan hati aku nak sangat pergi konvo 23hb tue tapi ayah & mak aku pulak nak sangat aku pergi exam SPA tue. Makanya, tersepitlah aku antara dua. Ayah aku buat rayuan supaya aku dapat konvo 24hb and nasib aku agak baik sebab ada 9 orang saja yang buat rayuan (walaupun yang dapat exam tue bukan main ramai lagi). So, 9 orang nie dari lain2 course. Jadi special case laa. Course aku ada 2 orang yakni aku dengan Hafiz. Kalau tak memang aku lagi sedih laa sebab sorang2 aje tercampak konvo 24hb tue.

Alhamdulillah, bersyukur sangat aku pada Allah swt sebab kerana DIA juga aku berjaya mengharungi dunia pengajian di universiti sehingga berjaya. Apa yang paling menggembirakan aku ialah salah satu daripada hajat mak & ayah aku dah termakbul. Bila keluar daripada pintu dewan aku carik family aku. Dari jauh aku dapat lihat yang ayah aku tengah senyum gembira sambil pegang teddy bear kecik kat tangan dia. Masa para graduan tengah berpusu2 keluar mendapatkan keluarga masing2 aku dah terasa sebak dah. Bergenang air mata & degupan jantung semakin laju. Jadi, bila jumpa mak & ayah aku terus aku menangis. Aku terharu & rasa hiba sangat. Aku ucapkan terima kasih tak terhingga kepada mak & ayah aku kerana tanpa mereka aku tak akan dapat peluang melanjutkan pelajaran nie. Terima kasih sangat sebab memberikan sokongan yang tak berbelah bagi kepada aku. Jasa mereka memang tak terbalas. Hanya Allah saja yang dapat membalasnya.

Disebalik kegembiraan pada hari tue terselit juga kesedihan dilubuk hati aku. Mana taknya. Selama 4 tahun aku belajar bersama sahabat2 aku akhirnya aku terpaksa berkonvo tanpa diorang. Sedih sangat. Tengok budak2 lain bergambar sakan dengan kawan2 untuk buat kenangan. Aku? Nabielah yang datang pun aku tak sempat jumpa sebab hujan pulak. Nabielah datang sebab nak tengok pakwe dia Hafiz. Alang2 tue dia nak jumpa aku sekali. Tapi takde rezeki kitorang nak jumpa. hmm... Lepas habis aje konvo terus aku pergi hantar baju & selesaikan beberapa urusan. Perut yang lapar tak diisisi semenjak pagi tadi dah membuat kepala kitorang satu family pening. Last2 kitorang decide makan dekat Nando's KLCC.

Yang kelakarnya, sampai2 aje kat Nando's tue Fadiah telefon tanya dekat mana. Aku cakap aku dah ade kat KLCC. Terdiam dia. Dia cakap cepatnya sampai. Rupa2nya Fadiah & Haizun baru sampai Bangi nak meraikan aku. Memang kesian giller. Tue laa..nak buat surprise lagi. kan diri sendiri yang dah surprise. Tapi diorang pun ada sebab lain datang sana - sebab nak hantar baju konvo. So, tak adalah aku rasa bersalah sangat. Hmm..yang sedihnya aku tak ada gambar kenangan konvo laa dengan coursemate aku semua.




Aku dapat surat untuk pergi peperiksaan SPA. Tarikh keramat untuk peperiksaan itu ialah 23hb Ogos 2008. Satu tarikh yang mungkin akan terpahat dalam ingatan aku dan akan aku ingat sampai bila-bila. Sebab ada kenangan yang sedih terpaksa aku lalui.

Jadi, pagi 23 hb tue aku bangun awal sangat. Dalam pukul 5.00am. (Kira awal laa bagi aku yang selalu bangun lambat neh..huhu) Aku solat, mandi, bersiap & sarapan sikit. Lepas tu aku gerak pergi ke pusat peperiksaan kat SMK Petaling. Ayah & mak aku yang hantar naik kereta sbb aku tak pandai memandu walaupun ada lesen memandu..hehe.. Nasib aku sipi2 kurang baik sebab tiba2 lampu traffic kat depan Balai Polis Jalan Petaling tue rosak. Lampu traffic 3 penjuru tue. Semuanya tak berfungsi. Dan dengan keadaan jalan raya yang teramat sesak aku hampir2 sampai lewat ke dewan peperiksaan. Aku sampai kurang 10 minit pukul 9am.

So far, aku dapat lalui hari peperiksaan tue dengan baik. Biasalah, ada soalan yang susah dijawab ada yang senang. Soalan pengetahuan am aku rasa banyak gaks yang kantoi. Sebab soalan semua luar dari pengetahuan aku. Soalan pemahaman quite okay. Esei bahasa melayu aku pilih pasal Inovasi. Tapi aku rasa majoriti mesti buat pasal rasuah. Aku takde idea nak goreng pasal rasuah tue. So, aku buat pasal inovasi sebab aku pernah ambil subjek tue. Thanks God! Esei English pulak aku pilih tourism. Tapi memang merapu laa. Last sekali soalan sahsiah diri - 200 soalan tue. Aku buat cukup2 masa aje. Tue pun sebenarnya ada yang tersilap tanda. Tak pasal2 terpaksa padam berderet-deret. Hampeh sungguh laa.

Kesimpulannya, peperiksaan kali pertama nie agak baik bagi aku. Aku dah buat sehabis baik dan keputusannya aku serahkan kepada DIA yang Maha Mengetahui. Semoga aku mendapat keputusan yang baik untuk diri aku.



sengaja kulewati taman itu

berjalan tanpa arah dan hala tuju

menatap bunga-bunga yang sedang berkembang mekar
menikmati panorama hijau yang terbentang dilaman santai
menghirup udara nyaman yang menyegarkan

sejenak pandangan mata yang meliar
termati pada wajah-wajah yang ku kenal

di atas rumput nan menghijau itu
kumelihat pasangan uda dan dara sedang bersantai
beralaskan lengan mereka berbaring
melepas lelah sambil merenung dada langit

si uda yang gagah dan tampan
si dara yang manis lagi rupawan

aku senang melihat mereka
senyum yang tersungging dibibir
canda yang mengundang gelak tawa
sinar bahagia yang jelas terpancar diraut wajah

buat si merpati sejoli itu
kulayangkan senyuman manis buat mereka
serta lambaian mesra tanda menyapa

aku gembira melihat kalian
semoga berbahagia hendaknya

ku ayunkan kaki melangkah pergi
bersama senyuman yang masih bersisa
aahhh...benar-benar hari yang indah untuk dinikmati


~cinta.ungu~ (8.41pm / 05.08.08)


langit mendung mengundang pilu

awan hitam jadik seteru
hati sayu mengenangkanmu
jejakmu hilang tidak kutemu


cinta.ungu
3.47am - 31/07/08

hati sakit.
jiwa perit.

kepala pusing.
macam kena lesing.

mulut tak boleh bukak.
gusi rasa bengkak.

sakit...sungguh aku perit!


cinta.ungu
4.00am - 28/07/08

wahai si anak kecil....
saat pertama kutatap wajahmu
berdetak kencang jantungku ini....
ya Allah...kuatkah dia menghadapi dugaan yang Kau beri...

mendengar ceritera pilu dari bapamu
buat aku terkaku sendiri di kamar ini..
sungguh sayang....tak dapat aku selindung lagi rasa hiba ini...
sayu yang bergayut direlung jiwa..mengundang tangisku...

ya Balqish...
aku menangis sendirian dikala ini
mengenang nasibmu yang kehilangan bonda tersayang..
aku menangis di malam yang sepi ini..
lantaran melihat dirimu yang terbaring lemah di kasur itu.......

jemari halus itu..
kalau lah bisa aku elus lembut

wajah mulus itu....
kalau lah bisa aku kucup mesra

si kecil itu...
kalau lah bisa aku dakap dirinya

Ya Allah...
tiada apa yang mampu aku bantu..
sesungguhnya anak kecil itu tidak berdosa
bahkan tidak kenal erti hidup ini lagi...

aku mohon padamu yang Maha Mengasihani
Kau berilah kesihatan yang baik untuk anak kecil ini
Kau berilah kesempatan buat dirinya untuk mengecap bahagia dan
Kau berilah kekuatan kepada bapanya untuk meneruskan hidup ini dengan baik....


Doaku agar si kecil Balqish membesar menjadi insan yang tabah dan solehah...Amin..



~ cinta.ungu ~
18/07/08 - 1.12 am

dingin angin menyaluti tubuh
tanpa disedari dia bergelut lagi dengan diri
melawan rasa enak lena yang diulit mimpi...

wahai si polan...
bingkaslah bangun dari tidurmu itu
kantuk itu memang tidak akan habis
kau tak akan puas melayan nafsu tidurmu itu...

wahai insan yang dikasihi Allah....
segeralah kamu sedar dari kantukmu itu
ada kewajipan yang harus kau laksanakan...

sesungguhnya....subuh itu tidak akan menunggumu...
bangunlah sementara azan itu masih kedengaran di telingamu
sahutlah seruan azan itu...marilah bersama kita menuju kejayaan....


cinta_ungu
6.03 pagi
20 Jun 2008


aku ingin berdiam bersamamu
di musim dingin yang indah itu
karena dingin angin itu
bisa menyatukan
rasa-rasa direlung
jiwa kita...

aku akan sentiasa bersamamu
di musim panas yang terik itu
karena terik mentari itu
bisa menghangatkan
sepi yang merantai
sukma kita...


cinta.ungu
05.45am - 20/06/08

sedih...report tak siap lagi...
tatau nape perasaan malas nie tak nak pergi..
bila dah datang semangat berkobar-kobar, idea pulak takde...

takpe...jangan sedih sangat..
berusaha siapkan malam nie..InsyaAllah boleh...!~




Tadi abang Dude bitau Pakcit kaka Indah eksiden malam semalam...
Semoga pakcit kaka In berada dalam keadaan yang selamat..Amin..
ANggaplah musibah yang menimpa sebagai dugaan dari Allah yang maha Esa...



cinta.ungu
04/06/08 - 10.05pm

Jika engkau tidak mempunyai ‘ilm dan hanya prasangka,
milikilah prasangka yang baik tentang Tuhan. Itulah jalannya!

Jika engkau hanya mampu merangkak,
maka merangkaklah kepada-Nya!

Jika engkau tidak mampu berdoa dengan khusyu’,
maka persembahkanlah doamu yang kering, munafik,

dan tanpa keyakinan!

Karena Tuhan dalam rahmat-Nya
tetap menerima mata uang palsumu.

Jika engkau mempunyai seratus keraguan kepada Tuhan,
maka kurangilah jadi sembilan puluh sembilan saja. Itulah jalannya!

Wahai pejalan,

Walau kau telah seratus kali ingkar janji, datanglah,

dan datanglah lagi!


Karena Tuhan telah berfirman:
“Ketika engkau mengangkasa, ataupun terpuruk dalam jurang,
ingatlah kepada-Ku, karena Aku-lah Jalan itu.”


~ Rumi ~

Sekadar berkongsi...


Dalam cinta, mula-mula engkau bermain-main dan akhirnya sungguh-sunguh. Kedalaman makna cinta sangatlah indah dan agung. Kata-kata semata tak kuasa menggambarkan segenap dan keagungannya. Hakikatnya tidak dapat ditangkap kecuali dengan pengamatan dan penjiwaan yang mendalam. Cinta tidak dimusuhi agama dan tidak dilarang oleh syariat. Cinta adalah urusan hati, dan hanya Allah yang mengetahui hati manusia.” Demikian Ibn Hazm (wafat Th. 1064 Masehi) menuliskan dalam Thuq al-Hamamah (Untaian Kalung Merpati).


M. Quraish Shihab dalam Pengantin al-Qur’an menuliskan “Tak ada rasa takjub yang lebih memukau daripada rasa takjub karena dicintai atau mencintai”.


Cinta perlahan menimbulkan kesungguhan dan “kedalaman”, karena cinta adalah urusan hati, maka kesungguhan dan kedalaman itu adalah terdapat jauh di dalam hati, Orang-orang tidak akan tau hakikat cinta jika tidak melalui pengamatan dan penjiwaan yang mendalam, bahkan itupun tidak mencapai hakikatnya.


Seseorang tidak akan paham bahwa orang lain benar-benar mencintainya jika yang dicintai tidak pernah menjiwai cinta yang diberikan oleh orang yang mencintainya. Sedikit rumit memang, karena dikatakan bahwa cinta adalah urusan hati, hanya Allah yang mengetahui seluk-beluk dan kesungguhan hati si pencinta, hanya Allah yang membolak-balikan hati sang pecinta dan hanya Allah jua-lah yang dapat mengetuk hati orang dicintai.


Hakikat cinta tidak dapat diwakilkan dengan kata-kata, memang sementara orang berkata “penjelasan tentang cinta bukanlah cinta”, tetapi seseorang yang mencoba menjelaskan cintanya tidak lah salah walaupun ia tidak akan menemukan kata dan kalimat yang tepat tentang hakikat cinta yang dimilikinya.


Cinta memiliki banyak macam, ada cinta kepada Allah, ada cinta kepada manusia, dan ada cinta kepada yang tak bernyawa. Cinta kepada manusia juga bisa bermacam-macam, ada kepada lawan jenis, orang tua, keluarga, dan manusia lainnya. Demikian kurang lebih uraian M. Quraish Shihab.


Terkadang memang cinta penuh “bumbu”, kebahagian, kecemburuan, ketidakpercayaan dan pengkhianatan dapat menjadi bumbu dalam cinta tergantung dari kadar cinta yang dimiliki oleh sepasang kekasih. Kebahagiaan akan cinta dapat membutakan mata dan hati, kesetiaan dan pengkhianatan yang saling tarik menarik menimbulkan kebimbangan, rasa cinta yang mendalam dihantui oleh rasa cemas akan kehilangan menimbulkan kecurigaaan dan kecemburuan.


Perpisahan sang pecinta dengan yang dicintai ataupun sepasang kekasih yang saling mencintai dapat menimbulkan duka yang sangat mendalam, Jalaludin Rumi seorang penyair sufi sangat sedih saat berpisah dengan Syamsuddin al-Tabrizi seorang guru yang sangat dicintainya hingga timbulah syair-syair dari goresan tangan Rumi yang bertemakan cinta dan kerinduan mistikal.


Dalam cinta mahluk (ciptaan), maka perpisahan pastilah terjadi karena maut adalah mutlak, maut memisahkan secara lahiriyah antara pencinta dengan yang dicinta demikian juga dengan sepasang kekasih yang saling mencintai, maka cinta sebesar apapun kepada mahluk maka tidak akan kekal. Berbeda dengan cinta mahluk, cinta kepada Cinta Sang Khaliq (Pencipta), dapat menimbulkan sesuatu yang kekal karena Allah adalah kekal (Baqa’).


Dikisahkan bahwa ulama besar seperti Imam Thabari dan Imam Nawawi tidak menikah hingga akhir hayatnya, maka dapat dipahami bahwa beliau-beliau terlalu sibuk dalam mencari Cinta dari Yang Maha Pengasih (Al-Rahman). Dalam Bahr ad-Dumu’ (Senandung Air Mata) karangan Ibnul Jauzi (w. 597 H) diriwayatkan bahwa Allah Ta’ala telah mewahyukan kepada salah seorang nabi-Nya as.: ”Wahai nabi-Ku. Sungguh jauh perbedaan antara orang yang mendurhakai-Ku dan menyalahi perintah-Ku dengan orang yang menghabiskan umurnya untuk berhubungan dengan-Ku, mengingat-Ku, terus menerus berada di pintu-Ku, merajuk memohon belas kasihan kepada-Ku”.


Maka sungguh.... Tinggalkanlah apa-apa yang membuatku lalai dan terbuai. Sibukkanlah diri ini mencintai Yang Maha Pengasih yang tak pernah pilih kasih, yang menguasai segala sesuatu, yang tak pernah terputus kasih-Nya di dunia dan semoga saja di akhirat kelak. Yang demikianlah yang lebih menguntungkan.




credit to: http://ikrasnaya.multiply.com

Soalan:

Ya. Almost semua @ kebanyakannya macam tak suka dgn ibu mertua atau ada saja yang tak kena antara dia dengan ibu mertua...

ibu mertua mmg sengaja buat2 cerewet atau dua-dua memang cerewet?

Kalau lelaki pulak, jarang aku dengar ada masalah dgn bapa @ mak mertua... ada, tapi jarang. Mungkin lelaki kurang komplen, tapi ada masalah jugak.

~mo-mo~



Jawapan:

masing-masing nak yang terbaik untuk diri dan keluarga..
tapi cara menguruskan family & kehidupan menantu & MIL berlainan..so, nak syncronizekan menjadi 1 cara pengurusan mungkin nmpk agak mustahil & susah..

MIL nak yg terbaik utk anak lelaki dia..dia anggap menantu perlu buat serupa spt apa yg dia lakukan time anak lelaki tue bwh jagaan dia..makan..minum..pakai..layanan sume terjaga..tapi in her way laa..

menantu pun same jugak nak buat yg terbaik utk husband...bile tgk menantu layan anak laki dia dengan cara yang berlainan dia rasa x kena..rasa x perfect...maklumlah sebab dah terbiasa dengan cara dia sblm nie..

menantu harus bertolak ansur & berfikir positive di atas segala nasihat/kata2 pedas yg diberikan oleh MIL..sebab makin dilawan makin pedas kata2 yang akan dilemparkan..mmg menantu akan makan hati..tapi sampai bile nak biarkan hidup x ngam dgn MIL...jadikan sume tue sbg nasihat yg berguna utk kehidupan sbb satu hari kite pun mungkin akan jadik MIL spt MIL kite..atau mungkin lebih ganaz & cerewet dr MIL kite sendirik...

lelaki mungkin x byk hal dgn MIL/FIL sbb diorang x amik kisah sgt kalo ditegur..malas nak fikir..lebih simple...wanita plak kalo dah terasa tue melarat laa perasaan x puas hati dia..dgn sayu dia laa..mcm2 perasaan lagi yang mungkin x terjangkau dek fikiran orang lelaki...

separuh orang x reti nak bersyukur..

ade tu MIL punye sporting..baik tahap gaban & jenis x amik kire tapi DIL pulak banyak songeh x reti hargai budi baik MIL.

ade tue DIL bukan main hormat..tatang keluarga suami, mentua, ipar duai bagai raja..tapi MIL plak asik nak sakitkan ati...

huhu..manusia sesungguhnya jarang nak syukuri nikmat yg diberi Tuhan..kdg2 tue mmg dah nampak kebaikan nie sume..tapi sengaja buat2 tak nampak...

~cinta.ungu~
20-5-2008 09:33 AM 11:00 AM




Atuk sedara aku meninggal malam semalam...
walaupun aku tak selalu jumpe dia tapi dia memang rapat dengan family aku...

whatever it is..hidup mesti diteruskan..
setiap yang bernyawa itu pasti akan mati - itu janji Allah s.w.t.
semoga segala dosa arwah diampuni olehNya & semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang dikasihiNya....Amin~

Parents aku dah bertolak ke Penang pukul 3 pagi td dengan uncle aku Pak Tahir & Auntie Om..
Risau pulak...yelaaa..driving pagi2 buta camnie..macam2 bleh jadi kalau terleka..Semoga Allah merahmati perjalanan mereka...Aku doakan agar mereka semua selamat pergi & pulang...



rindu...
sungguh aku rindu..
sebak yang terasa direlung jiwa ini
tak akan bisa terucap dek kata-kata
ku tahan sungguh-sungguh
agar air jernih ini tidak jatuh menitis

ku ketap bibir...
pejamkan mata...
ingin usir bayangmu..
yang selalu buat jiwa gelora..
namun di hujung tubir mata
air hangat itu tetap mengalir....perlahan....

inginku carimu..
namun dimana

inginku kejarmu..
namun langkahku kaku

inginku dakapmu erat..
namun itu hanya khayalan

yang pasti
kau tak pernah ucap janji
khilafku kerana menurut kata hati
terbuai dengan kenangan indah yang terpatri
memori yang kuabadikan di dalam diari hidup ini


~ cinta.ungu ~1.12 a.m -18/05/08


Saida tersingkir di konsert ke-5 (AF6) dengan nyanyian lagu Bila Bunga-bunga Berguguran nyanyian asal Fauziah Dato Ahmad Daud.

adeihh laaa....
siyes, feeling mmg dah besh.

baju dah masuk sume...mmg kena...cantek giller
lagu pun sedap...syahdu aje..


tapi apsal laaa mulut tue susah sangat nak bukak besar....
adeihh saida....
masalah sebutan...sebutan....sebutan....!!~

papeun CT lupe nak undi kot...iskkk...
takpe laa...nak pergi jauh x leh...orang pun asik kutuk je...

anyway, aku puas hati Saida sampai tahap nie...
sangat cool...dan nampak sangat dia disayangi bebdk lain...
Nadia ngan Stacy sampai nangis....

teringin gak nak jumpe dia kat luar...
adik dia dah dapat jumpe salam cium pipi...
kakak dia coming soon....huhu...

So ranking performance saida bagi aku..

1. Dokter Cinta
2. Sepi Sekuntum Mawar Merah
3. Bila Bunga Berguguran
4. Terlalu Cinta
5. Hati Kama


Saida...good luck for you kat luar sana...i love you...!!~


credit to: sharimie

credit to: mrmanger




Alhamdulillah...
Cepat betul doa aku dimakbulkan Tuhan..

Hari Jumaat g office, boss xde. Cuti kot pening duk office..hehe
So, pagi2 tue lepas breakfast roti sambil baca newspaper tetibe Encik Husni panggil. Tanye reti tak letak background kat yahoo email dia. Aku pun try laa godek2 akhirnya berjaya..huhu..

Pastu aku g tau dia kalo ade pape keje leh laa pass kat aku. Sekali ade akak nie kate keje dia banyak tapi dia kena tanye boss dia dulu. Almaklumlah, division lain2. Tengah aku layan tgk Macam-macam Aznil akak tue plak panggil aku kate boss dia bg aku wat keje tue. Humang aihh.. seronok tak terkata den..Akhirnya ade jugak keje utk dibuat. tak kisah laa just checking accounts info pun. dari duk saje membuang mase. Kan..kan..

Akak tue kate ari Isnin nanti kalo ade keje yg boss aku bagi toksah laa sambung keje yg dia bg tue. Aku kate okies. No prob. Jadi skang aku dah start bekerja. Seronok betul!~

Syukur Alhamdulillah...Thank God~

Renungan

“Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan…"


About Me

My photo
Love Purple and Maroon. Meluah kata kadang tidak semudah yang difikirkan. Pabila berbicara, banyak hati yang perlu dijaga sehingga ada kalanya kita terpaksa mengabaikan perasaan sendiri. Terkadang bila ingin meluah, lidah kelu untuk melontar butir kata. Gembira, marah, merajuk, suka, duka semuanya dipendam. Keterbatasan emosi membuat kita kerap menyimpan rasa dalam hati. Lantas ruang kecil ini aku jadikan satu medium untuk aku meluah rasa dan idea. Bahkan aku harap agar setiap emosi yang mewarnai diri ini akan menjadikan hidup aku lebih bermakna untuk aku kenangi sebagai kisah klasik yang indah.
kisahklasikcintaungu. Powered by Blogger.