Kisah Klasik Cinta Ungu

How to save a life?!

Aku sangat jarang suka lelaki. I mean suka in term of jatuh hati or cinta. Maybe sebab aku seorang yg perfectionist so aku takut kehidupan percintaan lovey dovey yang aku selalu bayangkan tak akan terjadi. Lagipun aku dari kecil asyik dikelilingi oleh kaum Adam yang berperangai panas baran, suka gaduh, cepat kecil hati & perangai-perangai negatif yang lain, mematikan terus perasaan aku untuk mempunyai hubungan or komitmen dengan mana-mana lelaki.

(setelah difikir-fikir, perenggan ini terpaksa didelete atas sebab-sebab yang terlampau munasabah...huhu)

What to do? Biar saje la. Aku tak pernah mencari dan aku tak nak mencari. Aku teringat ada orang tanya sama ada cinta itu perlu dicari atau biarkan ia datang sendiri? Dan jawapan aku adalah:

Kalau rasa rajin dan memerlukan, pergi la mencari. Agak-agak rasa penat dah mencari tak berjumpa, rehat sekejap. Ambil udara fresh. Lepas tu sambung balik pencarian bila dah bersedia. Method untuk mencari banyak sangat dah sekarang ni. Tinggal nak atau tak nak saje. Bagi aku, yang tak mencari tu bukan malas walaupun mulut berkata malas. Sedar tak sedar sebenarnya diri sendiri belum bersedia untuk buka pintu hati kepada strangers out there. Dalam erti kata lain, belum bersedia berkongsi kehidupan dengan orang lain.

Itu kata-kata aku dulu (16/10/2009 – 12:44am). Sekarang pun aku macam tu. Cuma aku perasan perlahan-lahan Allah bukakan pintu hati aku untuk lihat bahawa ada lagi lelaki yang baik dalam dunia ni. Semoga Allah berikan yang terbaik untuk aku. InsyaAllah..Amin.

0 comments:

Renungan

“Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan…"


About Me

My photo
Love Purple and Maroon. Meluah kata kadang tidak semudah yang difikirkan. Pabila berbicara, banyak hati yang perlu dijaga sehingga ada kalanya kita terpaksa mengabaikan perasaan sendiri. Terkadang bila ingin meluah, lidah kelu untuk melontar butir kata. Gembira, marah, merajuk, suka, duka semuanya dipendam. Keterbatasan emosi membuat kita kerap menyimpan rasa dalam hati. Lantas ruang kecil ini aku jadikan satu medium untuk aku meluah rasa dan idea. Bahkan aku harap agar setiap emosi yang mewarnai diri ini akan menjadikan hidup aku lebih bermakna untuk aku kenangi sebagai kisah klasik yang indah.
kisahklasikcintaungu. Powered by Blogger.